Tuesday 3 December 2013

Tips : Mencantikkan Blog.. Blog.. Blog..

Aku teruskan ni . Memang betul ke korang nak cantik kan blog korang ni. Kalau betul..  Teruskan membaca ye. 1st sekali  dalam pemilihan layout/template ataupun background blog korang..Ok , yang ini paling penting taw.. dan merupakan salah satu aset yang penting  untuk mencantikkan blog korang tu.. Ish.ish. Kenapa aku cakap macam tu ye.? Ye lah..Kalau background blog korang tuh semak-semak dengan animated siap warna-warni lagi tu.. tak ke memeningkan kepala bloggers yang masuk ke blog korang tu?
So , bagi aku korang carilah layout yang sedap mata memandang.. and gunakan warna yang soft/lembut2 ok? Barulah nak baca entry pun.. syiokk je.hehe. kan ?


Ok . Yang itu pasal pemilihan background. Kita pergi pula dalam pemilihan header. Header yang lawa + menarik akan mencantikkan lagi blog korang tahu takk . Yer. Memang betul pun. aku jamin 99.99% taw.hee. Contohlah kan kalau blog seseorang tuh takde header.. semata-mata Blog Title je. Nampakk cantik ke heh. Macam bosan je kan. Sebab itu lah aku kata ada header dekat blog. mencantikkan dan menambahkan seri blog korang tu. Nak buat header pun ada cara yang tersendiri jugak :) Jangan pakai hentam karoma je ambik pic korang letak sebagai header. Pemilihan Gambar pun penting taw. Tambah-tambah untuk korang yang berminat nak buat header transparent. Tolong.Tolong.Tolong lah pilih gambar yang bersesuaian. Jangan pulak ada yang terpotong sana-sini..tudung sekerat. Tangan pulak. Tak nampak siku..Pipi pulak , jadi 'Flatt' je . Tak ke hodoh nanti header korang tuh ? Hee~


Yang ketiga pulakk.. Mengenai Pemilihan Layout pada blog. Maksud aku dekat sini.. Pemilihan sama ada korang menggunakan 2 column ataupun 3 column.. Jap ! aku nak tanya nih.. blog korang guna berapa column eh ? 2 ? 3 ? 4 ? 5 ?? Berapa ? hehe . Dua ke ? Memang kebanyakan bloggers hanya menggunakan 2 column ! SATU pemilihan Layout yang sangat bijak .. aku hanya nak komen lah sedikit bagi sesiapa yang menggunakan 3 column.. Ini pendapat aku lah erk.. Jangan marah.. Bagi aku ianya menyemakkan blog seseorang lah .. Meh aku bagi gambaran dekat korang ? Tengah-tengah, entry kita.. then , sebelah kiri dah kanan penuh dengan widget yang segala bagaii . Memang lah aku tahu ada yang suka macam tu kan ? Tak salah korang guna layout 3 column.. Tapii.... Tapi it's better kalau korang guna 2 column sahaja . It's looks simple and teratur right ? Percayalah Blog akan lebih cantik kalau korang guna 2 column :)


Tulisan korang tuh.. Waduhh.Waduhh. berapa puluh juta kali aku nak bagitahu ni. Pilih tulisan yang bersusuai untuk post entry korang tuh.. Ni takk .. Tulisan kejap besar kejap kecikk .. Warna - warni sakan pulak tu. Apa sudahh jadi.. hehe . Oke.. Semua.. Dengar ni... Memang aku tahu .. korang rasa dengan menaip dengan menggunakan tulisan warna warni tu, memang cantikk . cantiikkkk sangaattt ! Tapi , tak de ke menyemakkan lagi blog korang yang memang semak tu? Ye lah . untuk nampak kan blog korang jadi lebih kemas , tersusun dan teratur . Pemilihan font pun penting jugakk !:) Korang boleh lah guna font Arial , Trebuchet or Verdana.. Nampak lebih kemas dah mudah di baca . Lagi cantikk gitu . Jangan terlalu guna tulisan yang fancy-fancy , ok ?